Wednesday, 4 February 2015

tak mungkin terjadi..

kita kenal sebagai seorang cikgu dan seorang anak murid di sebuah kem di Miri Sarawak pada tahun 2011..aku dtg dari KL semata-mata untuk kem tersebut..aku tidak ramai kenalan dari tempatku..aku cuba untuk mengadaptasikan suasana baru di tempat yang baru bersama-sama rakan-rakan yang baru..
bermulanya perkenalan kita apabila aku di tempatkan di dalam kelasmu..kita tidak banyak berinteraksi pada mulanya..tetapi lama kelamaan kita mula berborak dan bergurau..aku semakin selesa berada dekat dengan mu..mulanya aku hanya merasakan perasaan seorang murid kepada gurunya..tapi lama kelamaan perasaan itu berubah..aku ingat lagi ada suatu malam ketika perhimpunan selepas solat, kita mencari satu sama lain..sedangkan aku tahu kau berada di hadapan..cuma kau sahaja tidak lihat aku memerhatimu dari jauh..indah sungguh saat itu..aku tak akan boleh melupakan nya sampai bila2..aku masih ingt semua yang berlaku di antara kita ketika itu..

sepanjang berada di kem tersebut..kita saling bertukar msg setiap kali aku dapat kembali telifon ku di setiap ujung minggu..ko sangat take care terhadap ku..ko menjaga kebajikan ku disana..aku sangat rasa gembira dan selesa di sana ketika itu..kau sanggup menemani ku pulang ke asramaku walaupun kau tahu itu telah menyalahi undang-undang di situ..dan disebabkan itu kau telah dipanggil..aku sungguh terharu..aku ingt lagi disaat hari terakhirku di sana..kau sangup mintak pakcik bas tu balik cepat semata-mata ingin berjumpa dengan ku sebelum aku balik..dan buat pertama kali aku menyalami mu..kita bergambar bersama-sama buat pertama kali nya..aku sangat sedih ketika itu..dan itu adalah saat terakhir aku bertemu dengan mu..saat terakhir aku bertentang mata dengan mu..

aku tahu sebenarnya..sepanjang aku disana..aku tahu kebenaran tentang kau..aku tahu kau sudah ada yang istimewa di hatimu itu..namun aku tidak tahu kenapa kau beriya-iya ingin menawn hatiku..kau memangil ku puteri setiap kali kita berbual..kau sangat menawan hatiku ketika itu..tapi dalam masa yang sama juga aku tahu..di hatimu bukan aku sahaja yang ada di situ..tetapi ada seorang insan lagi dihatimu..sehingga kini aku masih lagi tahu tentang itu..

tahun ini genap 4 tahun kita kenal..4 tahun kita sama-sama tahu tentang kebenaran yang sama..tetapi aku tetap teruskan juga walaupun aku tahu aku akan kecewa satu hari nanti..dalam masa 4 tahun ini..kita tak pernah bergaduh ataupun berselisih faham..mungkin tak sempat agaknya..sebab kau jarang ada waktu untuk ku..namun aku faham situasi mu..aku pernah jugak bertanya tentang hal ini kepada mu..kau katakan apabila aku telah berjumpa dengan lelaki yang betul2 aku rasa boleh menjagaku..kau akan melepaskan ku..tetapi abg..aku tidak lagi berjumpa dengan lelaki seperti itu..aku mengaku aku juga ada seseorang ketika ini di hatiku selain mu..tetapi abg..aku tak yakin dengannya..aku tak yakin dengan pilihan ku ini..kerana itu aku tak pernah ingin memberitahumu tentang nya..aku tak mahu aku kehilangan mu abg..tapi aku juga tahu yang aku tak mungkin akan dapat bersamamu abg..

sampai bila kita ingin begini..aku pun tak pasti tentang itu..aku ingin ada bersama kau selamanya abg..tapi itu mustahil..semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepadaku tentang kita..

No comments:

Post a Comment